dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Linggi, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Anak Yatim Celik IT – Minggu Ketiga

8 Februari 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Februari 2015, jam 10.00 pagi bertempat di Pusat Ekonomi Digital Linggi, telah diadakan Program Anak Yatim Celik IT minggu terakhir bersama Anak-anak Yatim Kariah Telok Kemang. Program ini telah berlangsung selama 3 minggu yang bermula dari 10 Januari 2015 dan berakhir pada hari ini. Anak-anak yatim menyempurnakan tugasan yang diberi iaitu membuat Jadual Waktu Kelas mengikut kreativiti mereka sendiri.

Mereka juga didedahkan dengan Modul Klik Dengan Bijak. Pihak PI telah menayangkan beberapa klip video yang bertemakan Klik Dengan Bijak beserta sesi soal jawab. Sebelum Program ini berakhir, satu pertandingan menyunting gambar telah dijalankan. Mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan yang terbaik dan kreatif diberikan hadiah.

Pusat Ekonomi Digital Linggi mengucapkan terima kasih kepada yang menjayakan program ini terutamanya kepada Pn. Hamsiah Shaharudin selaku Pengurus Anak-Anak Yatim Kariah Telok Kemang bagi program ini, guru-guru pengiring dan individu yang memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.